Tuesday, August 25, 2009

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah

Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)

SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.
(Sila betulkan pemerengganan)

Wednesday, August 19, 2009

Senarai Mantan Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri pertama

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1646

Perdana Menteri kedua

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1642

Perdana Menteri ketiga

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1644

Perdana Menteri keempat

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1647

Perdana Menteri kelima

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1880

Tuesday, August 18, 2009

Laporan lawatan ke kilang batik

Laporan Lawatan ke Kilang Batik Seri Kampung

Pada hari Sabtu yang lalu, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Permai Jaya telah mengadakan lawatan ke Kilang Batik Seri Kampung, Sibu. Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang ahli Persatuan Kajian Tempatan dengan diiringi 5 orang guru penasihat.

Perjalanan ke kilang batik tersebut bermula tepat pada pukul 8.00 pagi sebaik taklimat akhir tamat. Kami menaiki sebuah bas yang disewa khas dan tiba di kilang batik tersebut lebih kurang pada pukul 8.50 pagi.

Ketibaan kami disambut oleh pengurus kilang tersebut; Encik Kamil bin Ahmad. Kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat. Kami mendengar taklimat ringkas tentang operasi dan proses menghasilkan batik di kilang tersebut.

Selepas itu kami dibawa melawat ke bahagian pengeluaran batik kilang itu. Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana kain batik dihasilkan. Kami juga diberi peluang melukis corak batik dengan cara mencanting.

Sebelum balik kami turut melawat bahagian jualan batik. Pelbagai jenis kain batik dipemerkan dan dijual di situ. Kami berkesempatan membeli barangan cenderamata berasaskan batik yang turut dijual di situ.

Kami bertolak balik pada pukul 11.00 pagi dan tiba di sekolah lebih kurang pada pukul 11.45 pagi. Kami berasa amat gembira kerana mendapat banyak pengetahuan baru dan berharap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 19 Ogos 2009.
Jason Tiong
(JASON TIONG SUI KEE)
Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Permai Jaya, Sibu.

Monday, August 17, 2009

Pertandingan Syarahan


" Cara-cara Berjimat Cermat"


(SILA BETULKAN PEMERENGGANAN)


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang budiman, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dimuliakan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Berjimat Cermat".



Hadirin yang dimuliakan,

Berjimat-cermat merupakan amalan mulia yang dituntut agama. Kita dituntut menghindari pembaziran serta bersikap boros.



Amalan berjimat-cermat boleh dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Kita hendaklah berbelanja secara berhemah serta membeli sesuatu yang menjadi keperluan sahaja. Sikap suka membeli barang-barang sesuka hati atau tanpa perancangan hendaklah dielakkan.



Menabung merupakan amalan yang mulia. Kita perlu beringat-ingat seperti yang ditegaskan dalam peribahasa Melayu " Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis". Duit poket boleh dikumpul dan disimpan di dalam tabung atau disimpan di bank sebagai langkah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.



Hadirin yang dihormati,

Amalan berjimat-cermat perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, air dan telefon. Dengan demikian, kita tidak perlu menggunakan begitu banyak wang untuk membayar bil-bil serta wang tersebut boleh disalurkan untuk kegunaan-kegunaan lain yang lebih penting.



Menggunakan barang-barang secara cermat juga merupakan satu cara berjimat- cermat. Barang-barang yang digunakan dengan cermat dan dijaga dengan baik tidak mudah rosak dan kita dapat menjimatkan kos membeli atau membaiki barangan tersebut.



Jelaslah bahawa berjimat-cermat merupakan satu sikap yang amat praktikal dan perlu diamalkan dalam kehidupan. Justeru itu kita hendaklah berjimat-cermat pada setiap masa. Sekian, terima kasih.

Sukan bela diri


Kecerdasan otak dijana oleh tubuh badan yang cergas dan sihat .Bersukan merupakan satu amalan gaya hidup sihat . Apa kata murid-murid menyertai sukan bela diri. Selain bersukan dapat menyihatkan badan , dapat mempertahankan diri dalam situasi genting selain membentuk disiplin dan sahsiah diri yang baik.

permainan tradisional

kenali permainan-permainan tradisional rakyat malaysia....

http://malaysiana.pnm.my/03/0303bulu_ayam.htm

kuiz bahasa

cuba latihan ini
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm11.HTM

link sk methodist

Sila klik link tersebut untuk mencuba aktiviti-aktiviti interaktif .
http://www.skmethodist.edu.my/portal/modules.php?name=zoninteraktif