Wednesday, February 9, 2011

Kelemahan mengarang


Setelah membuat pemerhatian serta penyemakan kerja-kerja bertulis, saya membuat kesimpulan beberapa kelemahan utama yang





1. Masalah utama ialah kelemahan struktur ayat. Para pelajar perlu menyemak struktur binaan ayat terutamanya dari segi susunan perkataan, perkataan yang digunakan serta makna ayat menepati kehendak. Masalah ini lebih kerap berlaku kepada para pelajar yang kurang membaca terutamanya buku-buku Bahasa Malaysia. Nasihat saya, jadikan membaca sebagai satu amalan harian.

2. Masalah kedua ialah murid tidak menyemak semula ejaan, tanda baca serta penggunaan huruf besar atau kecil dalam ayat yang dibina. Pastikan anda tidak terlepas pandang kerana kesilapan seumpama ini walaupun kelihatan remeh tetapi dapat menjejaskan markah yang anda akan peroleh.

3. Tulisan merupakan perkara penting. Pastikan tulisan anda kemas dan mudah dibaca. Elakkan menggunakan tulisan berangkai atau