Wednesday, November 25, 2009

set 1 bhg B

Soalan 1

Perbualan hendaklah terdiri dari anda dan rakan. Perbualan mestilah berkisar kepada hari sukan sekolah yang baru berlangsung. Antara yang boleh dibincangkan ialah:
1. kemeriahan sukan
2. pemenang-pemenang
3. acara-acara / hadiah-hadiah
4. perjalanan hari sukan
5. olahragawan dan olahragawati.
6. acara-acara sampingan
7. apa-apa yang berkaitan dengan hari sukan tersebut.


Soalan 2

Kebaikan komputer kepada murid-murid
1. memudahkan pekerjaan - menaip/mencetak projek
2. menjadi alat mencari maklumat melalui internet
3. menjadi alat hiburan - mendengar lagu, menonton video dan permainan komputer - menenangkan fikiran
4. menjadi alat belajar- penggunaan cakera padat program pembelajaran interaktif.
* isi-isi yang berkaitan dapat dimasukkan.


Soalan 3

Ceritakan pengalaman sepanjang perkhemahan pengakap.
1. perjalanan pergi ke tapak perkhemahan.
2. aktiviti setibanya di tapak perkhemahan - membersihkan kawasan, mendirikan khemah, mencari kayu api dsbnya
3. aktiviti semasa perkhemahan - meredah hutan, belajar flora yang berguna, pertolongan cemas, membuat gajet dsbnya.
4. aktiviti unggun api, menyanyi, menari, permainan-permainan yang menarik