Monday, December 14, 2009

Set 2 bhg B

Tajuk : Kebaikan Menonton Televisyen Pendahuluan :
Televisyen ada kebaikan tersendiri.

Isi 1 :
Dapat maklumat dan ilmu yang berguna.

Isi 2 :
Siaran TV pendidikan - dapat mengikuti pelajaran secara tidak formal

Isi 3:
Memberi hiburan - mengurangkan stres.

Isi 4:
Pengajaran yang berguna - rancangan drama.

Penutup :
Digalakkan menonton rancangan ilmiah - pada masa tertentu sahaja.


SOALAN 2
Tajuk : Laporan Lawatan Ke Kuala Lumpur
Pendahuluan :
Tajuk laporan, tarikh, bilangan peserta, tempat lawatan ( Sila rujuk contoh format)

Isi 1:
Tempat dilawati - Zoo Negara

Isi 2 :
Rombongan bergerak ke KLCC

Isi 3 :
Makan tengah hari - di Tasik Perdana

Isi 4 :
Tempat terakhir - Petro Sains dan Muzium Negara

Penutup :
Lawatan sangat berguna - Tanda tangan pelapor - tarikh laporan.


SOALAN 3
Tajuk : Cara-cara Menghargai Ibu Bapa
Pendahuluan :
Ibu bapa - insan yang istimewa - perlu disayangi dan dihormati

Isi 1 :
Mendengar kata-kata dan mematuhi nasihat ibu bapa.

Isi 2 :
Mesti belajar bersungguh-sungguh - berjaya dalam kehidupan.

Isi 3 :
Tidak melakukan perkara-perkara yang negatif - memalukan nama baik keluarga.

Isi 4 :
Membantu mereka apabila diperlukan - meringankan beban mereka.

Penutup :
Wajib membelas jasa dan pengorbanan mereka.

Wednesday, November 25, 2009

set 1 bhg B

Soalan 1

Perbualan hendaklah terdiri dari anda dan rakan. Perbualan mestilah berkisar kepada hari sukan sekolah yang baru berlangsung. Antara yang boleh dibincangkan ialah:
1. kemeriahan sukan
2. pemenang-pemenang
3. acara-acara / hadiah-hadiah
4. perjalanan hari sukan
5. olahragawan dan olahragawati.
6. acara-acara sampingan
7. apa-apa yang berkaitan dengan hari sukan tersebut.


Soalan 2

Kebaikan komputer kepada murid-murid
1. memudahkan pekerjaan - menaip/mencetak projek
2. menjadi alat mencari maklumat melalui internet
3. menjadi alat hiburan - mendengar lagu, menonton video dan permainan komputer - menenangkan fikiran
4. menjadi alat belajar- penggunaan cakera padat program pembelajaran interaktif.
* isi-isi yang berkaitan dapat dimasukkan.


Soalan 3

Ceritakan pengalaman sepanjang perkhemahan pengakap.
1. perjalanan pergi ke tapak perkhemahan.
2. aktiviti setibanya di tapak perkhemahan - membersihkan kawasan, mendirikan khemah, mencari kayu api dsbnya
3. aktiviti semasa perkhemahan - meredah hutan, belajar flora yang berguna, pertolongan cemas, membuat gajet dsbnya.
4. aktiviti unggun api, menyanyi, menari, permainan-permainan yang menarik

Tuesday, October 13, 2009

Latihan kata adjektif

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok

Latihan kata adjektif

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok

Monday, October 12, 2009

latihan tatabahasa

SIMPULAN BAHASA

1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________
bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah

2.Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil mesa

3. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu _______sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D Rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati

5. Rahman merupakan– – – – – pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya
dituruti.
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat

6. Sahabat yang baik tidak patut – – – – – – – kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata

7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut– – – – – . , nanti kita juga yang akan menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin

8. Amran berkata, "Inilah– – – – – saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus

9. Mat Deris begitu – – – – – – .. menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama
terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati

10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa – – – – untuk membenarkan anaknya menyertai
perlawanan bola sepak.
A. jauh hati C. berat hati
B. kecil hati D. patah hati

11. En. Hamidon seorang yang – – – – .. .Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerjapekerjanya.
A. rendah diri B. mata duitan
C. pilih kasih D. hidung tinggi

12. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu C. bertegur sapa
B. berhati perut D. bertikam lidah

13. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan B. bekas tangan
C. tangan sejuk Dtangan terbuka

14. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
– – .– – .
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata

15. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah – – – dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh
mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
C. iri hati
B. cekal hati
D. besarhati

16. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita
akan dapat – – – – . .
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib

17. Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A. campur tangan
B . guna tenaga
C. temu janji
D. jual beli

18. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati C. jual mahal
B. naik harga D. harga tetap

19. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan
peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A. panjang akal B. panjang lebar C. panjang lidah D. panjang bicara

20. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual “ bual dengan tidak menentu dan
membuang masa sahaja.
A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba

21. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak

22. Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu
banyak barang yang menarik.
A. gelap mata
B. rambang mata
C. pening kepala
D. rambang hati

23. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di
belakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola

24. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik
Zali kerana tingkahlakunya yang baik.
A. ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri

25. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu
berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata

26. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung

27. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

28. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
mendakwa pengadil itu ............... .
A. berat perut B. berat badan C. berat mata D. berat sebelah

29. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka – – – – –
A. curi hati B. curi tulang
C.curi ayam D. curi kerja
30. " .......... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga B. Dengan lihat C. Pasang telinga D. Pasang mata

31. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung

32. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti– – – –
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

33. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
mendakwa pengadil itu ............... .
A. berat perut B. berat badan C. berat mata D. berat sebelah

34. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka – – – – ..
A. curi hati B. curi tulang
C.curi ayam D. curi kerja

35. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka
menceritakan hal orang lain.
A. buah mulut B. murah mulut C. mulut besar D. bawa mulut

36. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu B. kepala batu C. batu keras D. batu api

37. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi
kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi

38. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk
Kampung Berata.
A. panjang tangan B. berat tulang
C. buah mulut D. buah tangan

39. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A. buah-buahan B. buah hati C. buah tanganD. ringan tulang

40. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A. panas baran B. gila babi C. gila pangkat D. naik angin

41. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng
oleh remaja-remaja yang– – – – – .
A.gatal tangan
B.lepas tangan
C. panjang tangan
D. buah tangan

42. Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti
A. minyak wangi C. minyak hampir jatuh
B. minyak yang penuh D. minyak masak

43. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A. panjang tangan B. buah tangan C. berat tangan D. depa tangan

44. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut berbahasa

45.– – ........ yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih
dan tidak lalu makan.
A. Makan angin
B. Naik anginC. Khabar angin D. Mulut tempayan

46. Ain berasa ................. kerana tidak dapat mejawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
A. senang hati B. terang hatiC. buta hati D. susah hati

47.Chua – – – – – .. apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan B. sua muka C. besar hati D. gelap mata

48.................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan due puluh orang
duta dari negara luar.
A. Serkap jarang B. Serang hendap
C. Panjang tangan D. Pukul curi

49. "Nampaknya, tahun ini padi kita ........ ". kata Wak Seman kepada isterinya
A. kurang manis B. kurang umur
C. kurang jadi D. kurang tua

50. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah
A. makan hati berulam jantung.
B. sudah jatuh ditimpa tangga.
C. besar periuk, besarlah keraknya.
D. beringat-ingat sebelum kena.

51. Hasanol memang .................. sehingga sekarang pun dia masih tahu membaca dan
menulis.
A. otak udang B. otak cair C. otak beku D. otak-otak

52. Beberapa orang ................ yang mengatur perlawanan bola sepak itu telah diberkas polis.
A. kaki bangku B. kaki minum C. kaki ayam D. kaki judi

53. Berita tentang kejayaannya mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi
................. jiran tetanggannya.
A. buah mulut B. buah hati C. buah tangan D. anak buah

Saturday, September 12, 2009

kamus peribahasa Melayu

Sila klik link untuk mencari maksud peribahasa Melayu....


http://www.karyanet.com.my/knetbeta/kamus_peribahasa/index_peribahasa.php

Panduan menjawab Kertas 2 ( Bahagian C)

Latihan 1:
Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patahperkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.
- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur.
- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar.
- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu.
- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.
- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan.
- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.


Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.


Isi Cadangan:

- Membelai penuh manja (Kasih sayang)
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)


Jawapan 1 Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

Jawapan 2 Contoh 2:
Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

- Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil
ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang

Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

- Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana
mereka telah banyak berjasa kepada kita

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

- Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan
melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita.

Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.

- Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi
kerana mempunyai ibu bapa yang baik
- Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita
yang telah banyak berjasa kepada kita


Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita

Kesalahan umum frasa kerja

Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga

a. Merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang mengalami
pengguguran awalan meN- dalam proses pemasifan kata kerja aktif transitif.

Emak memasak bubur nasi

Bubur nasi emak masak ( X )
Bubur nasi dimasak oleh emak ( B )

b. Frasa kerja pasif diri ketiga tidak menerima kata nafi bukan sebelumnya.

Ibunya bukan menguliti anaknya hingga tertidur

Anaknya bukan diuliti oleh ibunya hingga tertidur (Salah)
Anaknya tidak diuliti oleh ibunya hingga tertidur (Betul)


c. Kata nafi bukan boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan.

Pokok sena itu bukan dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun (Salah)
Pokok sena itu tidak dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun (Betul)


Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Pertama dan Kedua

a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.

Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Ramu (Salah)
Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Ramu (Betul)
Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Ramu (Betul)


b. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter- dan oleh.

Jam itu dirosakkan oleh saya (Salah)
Jam itu saya rosakkan (Betul)


c. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif diri pertama dan kedua.

Kerosakan itu bukan saya lakukan (Salah)
Kerosakan itu tidak saya lakukan (Betul)


d. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan.

Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia (Salah)
Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia (Betul)


e. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif diri pertama/kedua.

Pensel itu telah saya pulangkannya semalam (Salah)
Pensel itu telah saya pulangkan semalam (Betul)


f. Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan

Kumari membeli sayur-sayuran di pasar (Betul)
Sayur-sayuran dibeli oleh Kumari di pasar (Betul)
Sayur-sayuran dibeli Kumari di pasar(Betul)

Tuesday, September 8, 2009

latihan terkini

Cari maklumat dan buat latihan berikut.
Kertas 2:
Bahagian A :
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti di perpustakaan yang terdapat dalam gambar di bawah.

Bahagian B:
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Tuliskan perbualan tentang cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah untuk pertandingan kebersihan.
atau
2. Tulis syarahan tentang faedah berjimat cermat.
atau
3. Ceritakan tentang suasana perayaan yang diadakan di tempat kamu.

Monday, September 7, 2009

latihan tatabahasa

1. Kuda laut adalah sejenis _______ yang pelik.
A.ikan B.siput C.kuda D.burung
2. Para _____ Bumiputera diseru merebut peluang perniagaan yang ada.
A.hartawan B.usahawan C.karyawan
3. Nama hamba ialah Wan Damak,siapa pula nama ______ ?
A.awak B.hamba C.tuan hamba
4. Surat yang _____ kirim itu sudah aku terima.
A.mu B.baginda C.kau
5. Kaum wanita dahulu mahir melakukan kerja-kerja ______ bijih timah.
A.mendulang B.mengayak C.menampi
6. Emak saya ______ gula dan telur itu sehingga kembang.
A.menggentel B.menebar C.memukul
7. Salah seorang daripada ahli kongsi gelap itu _____ dan melaporkan kegiatan kumpulan mereka kepada pihak polis.
A.bermasam muka B.berpaling tadah
C.bertegang urat D.angkat kaki
8. Datin Mariah sanggup ______ untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya.
A.berkerat rotan B.senapang bambu
C.bergolok-gadai D.bergadai nyawa
9. Cik Anita memerlukan _______ kain untuk membalut luka di kaki adiknya.
A.secarik B.sepasang C.sehelai
10. Emak membeli ______ rebung untuk dimasak tengah hari ini.
A.sekaki B.setandan C.sepucuk

Friday, September 4, 2009

kenali warisan kebudayaan Malaysia

Sila "cut & paste pada adress bar" untuk mengetahui kesenian, kebudayaan dan warisan nenek moyang pelbagai kaum di Malaysia.

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c4=16&c3=40&click=1


Klik pada mengenai sektor kebudayaan dan seterusnya klik kategori perkhidmatan.

Tuesday, August 25, 2009

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah

Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)

SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.
(Sila betulkan pemerengganan)

Wednesday, August 19, 2009

Senarai Mantan Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri pertama

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1646

Perdana Menteri kedua

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1642

Perdana Menteri ketiga

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1644

Perdana Menteri keempat

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1647

Perdana Menteri kelima

http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1880

Tuesday, August 18, 2009

Laporan lawatan ke kilang batik

Laporan Lawatan ke Kilang Batik Seri Kampung

Pada hari Sabtu yang lalu, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Permai Jaya telah mengadakan lawatan ke Kilang Batik Seri Kampung, Sibu. Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang ahli Persatuan Kajian Tempatan dengan diiringi 5 orang guru penasihat.

Perjalanan ke kilang batik tersebut bermula tepat pada pukul 8.00 pagi sebaik taklimat akhir tamat. Kami menaiki sebuah bas yang disewa khas dan tiba di kilang batik tersebut lebih kurang pada pukul 8.50 pagi.

Ketibaan kami disambut oleh pengurus kilang tersebut; Encik Kamil bin Ahmad. Kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat. Kami mendengar taklimat ringkas tentang operasi dan proses menghasilkan batik di kilang tersebut.

Selepas itu kami dibawa melawat ke bahagian pengeluaran batik kilang itu. Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana kain batik dihasilkan. Kami juga diberi peluang melukis corak batik dengan cara mencanting.

Sebelum balik kami turut melawat bahagian jualan batik. Pelbagai jenis kain batik dipemerkan dan dijual di situ. Kami berkesempatan membeli barangan cenderamata berasaskan batik yang turut dijual di situ.

Kami bertolak balik pada pukul 11.00 pagi dan tiba di sekolah lebih kurang pada pukul 11.45 pagi. Kami berasa amat gembira kerana mendapat banyak pengetahuan baru dan berharap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 19 Ogos 2009.
Jason Tiong
(JASON TIONG SUI KEE)
Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Permai Jaya, Sibu.

Monday, August 17, 2009

Pertandingan Syarahan


" Cara-cara Berjimat Cermat"


(SILA BETULKAN PEMERENGGANAN)


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang budiman, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dimuliakan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Berjimat Cermat".



Hadirin yang dimuliakan,

Berjimat-cermat merupakan amalan mulia yang dituntut agama. Kita dituntut menghindari pembaziran serta bersikap boros.



Amalan berjimat-cermat boleh dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Kita hendaklah berbelanja secara berhemah serta membeli sesuatu yang menjadi keperluan sahaja. Sikap suka membeli barang-barang sesuka hati atau tanpa perancangan hendaklah dielakkan.



Menabung merupakan amalan yang mulia. Kita perlu beringat-ingat seperti yang ditegaskan dalam peribahasa Melayu " Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis". Duit poket boleh dikumpul dan disimpan di dalam tabung atau disimpan di bank sebagai langkah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.



Hadirin yang dihormati,

Amalan berjimat-cermat perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, air dan telefon. Dengan demikian, kita tidak perlu menggunakan begitu banyak wang untuk membayar bil-bil serta wang tersebut boleh disalurkan untuk kegunaan-kegunaan lain yang lebih penting.



Menggunakan barang-barang secara cermat juga merupakan satu cara berjimat- cermat. Barang-barang yang digunakan dengan cermat dan dijaga dengan baik tidak mudah rosak dan kita dapat menjimatkan kos membeli atau membaiki barangan tersebut.



Jelaslah bahawa berjimat-cermat merupakan satu sikap yang amat praktikal dan perlu diamalkan dalam kehidupan. Justeru itu kita hendaklah berjimat-cermat pada setiap masa. Sekian, terima kasih.

Sukan bela diri


Kecerdasan otak dijana oleh tubuh badan yang cergas dan sihat .Bersukan merupakan satu amalan gaya hidup sihat . Apa kata murid-murid menyertai sukan bela diri. Selain bersukan dapat menyihatkan badan , dapat mempertahankan diri dalam situasi genting selain membentuk disiplin dan sahsiah diri yang baik.

permainan tradisional

kenali permainan-permainan tradisional rakyat malaysia....

http://malaysiana.pnm.my/03/0303bulu_ayam.htm

kuiz bahasa

cuba latihan ini
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm11.HTM

link sk methodist

Sila klik link tersebut untuk mencuba aktiviti-aktiviti interaktif .
http://www.skmethodist.edu.my/portal/modules.php?name=zoninteraktif