Tuesday, August 25, 2009

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah

Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)

SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.
(Sila betulkan pemerengganan)

48 comments:

  1. it is really very interesting to read.i like this so much.thank you.

    ReplyDelete
  2. it is really very interesting to read.

    ReplyDelete
  3. Its 2 intersting.If can means longen your essay........

    ReplyDelete
  4. thank you for the post...
    it's really helping me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih untuk perkongsian, sangat berguna

      Delete
  5. taniah essay yang cermelang tetapi ada sedikit kesalahan tatabahasa seperti "tetamu-tetamu". Ianya patut ditukarkan kepada "tamu- tamu".

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat kamu...

      Delete
    2. betul la tu .....

      Delete
    3. Ye ke??-_O..x blaja pon penggunaan tamu-tamu kat skolah

      Delete
    4. TQVM for posting this karangan it helped me so much

      Delete
  6. Thx a lot for posting...Really helped me a lot.

    ReplyDelete
  7. karangan ni memang terbaik!!!terima kasih kerana buat karangan ini....memang betul walaupon lain dengan sekolah saya..

    ReplyDelete
  8. karangan ini membantu saya untuk menyiapkan kerja rumah saya .terima kasih banyak -banyak

    ReplyDelete
  9. thanx! this karangan helped me alot . totally appreciate your effords. f--k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fix your language. What's f--k for? I know it's a cursing words. But why should you said that?

      Delete
  10. karangan lebih mudah untuk membuat kerja

    ReplyDelete
  11. Thanks :) But, ia tak berapa membantu saya sebab isi dia tak berapa padat & tepat :( So sorry :( And saya nak kan laporan ;) Although tak berapa menolong, tetap karangan yang baik :D

    ReplyDelete
  12. thanx krana telah upload karangan ini.. amazing

    ReplyDelete
  13. looks nice and i love it....... the best....

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih! Saya dpt banyak idea untuk membuat karangn ..

    ReplyDelete
  15. terima kasih
    saya dapat membuat rujukan dengan karangan ini
    ^-^

    ReplyDelete
  16. karangan yang bagu tapi terlalu panjang kalau boleh ringkas aja

    ReplyDelete
  17. not acctualy a very good karangan

    ReplyDelete
  18. Karangan ini memang terbaik membantu saye menyiapkn kerja rumah....

    ReplyDelete
  19. KARANGAN YANG BAIK

    UNTUK PEPERIKSAAN




    ReplyDelete
  20. baik . tetapi panjang lagi baik. ini tolong saya untuk membuat kerja sekolah.terima kasih.

    ReplyDelete
  21. karangan yg bagus saye ucapkan terima kasih sbb karangan ni tolong saye siap kan kerje rumah
    Saye dah cari banyak web tpi x de nasib baik awak buat karangan ni kalau x mati ah saye x dapat siap kan keje sekolah

    ReplyDelete
  22. karangan yang membantu saya ini memang berguna

    ReplyDelete
  23. lebih dari 120 patah perkataan la

    ReplyDelete
  24. cantik karangan...nice...thank you...

    ReplyDelete